The Asian Commercial Sex Scene  

Go Back   The Asian Commercial Sex Scene > For stuff you can't discuss with your Facebook Account > The Malaysian Commercial Sex Scene

Notices

The Malaysian Commercial Sex Scene A section specifically for the great Sin Cities of Malaysia. Dedicated to our brothers across the Causeway. Malaysia Boleh!

User Tag List

Reply
 
Thread Tools
  #241  
Old 25-04-2006, 01:29 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Restoran Modesto’s buka cawangan ke-11 di The Zon

Laporan dari Berita Harian bertarikh Selasa 25hb April 2006 :-

Restoran Modesto’s buka cawangan ke-11 di The Zon

JOHOR BAHRU: Restoran Modesto's yang terkenal dengan makanan ala Itali dan program hiburannya kini bertapak di bandar raya ini berikutan pembukaan rangkaian ke-11 restoran berkenaan di The Zon Johor Bahru, Stulang Laut di sini, hari ini.

Pengerusi Kumpulan Kelab dan Restoran Modesto's, Robert Wong, berkata kerjasama dengan The Zon memberi peluang Modesto's untuk memiliki lokasi dan menjalinkan hubungan perniagaan secara sinergi yang mampu menguntungkan kedua-dua pihak.

Beliau berkata, pihaknya percaya restoran Modesto's yang pertama di Selatan tanah air itu mampu menyediakan restoran dan dimensi hiburan terbaru di kalangan penduduk negeri ini.

Katanya, dengan pelaburan RM500,000, pihaknya beroperasi di dua restoran berkeluasan 325.16 meter persegi yang mampu memuatkan sebanyak 160 tempat duduk.

"Kami percaya penduduk bandar raya ini akan menikmati manfaat daripada jalinan hubungan ini kerana kami komited untuk mewujudkan adunan hiburan serta makanan dan minuman (F&B) yang memenuhi keperluan dan keinginan semua sektor masyarakat tempatan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Modesto's dengan The Zon Johor Bahru.

Pada majlis itu, Modesto's diwakili beliau dan Pengarah Eksekutifnya, Modesto Marini manakala The Zon Johor Bahru diwakili Pengarah Naluri Corporation Berhad, PY Wong dan Pengurus Besar Kelana Megah Sdn Bhd, Selina Ng.
  #242  
Old 26-04-2006, 06:31 PM
omega68 omega68 is offline
Samster
 
Join Date: Apr 2006
Location: Anywhere there is ger
Posts: 36
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 0 Post(s)
My Reputation: Points: 10 / Power: 0
omega68 deserves a Tiger! - He's a Good Guy
Re: FR dalam Bahasa Melayu

eh? what is the harian metro/berita harian doing here? r u a part time news reporter or someting?
  #243  
Old 28-04-2006, 12:21 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Barang tiruan RM1J di Johor Bahru

Laporan dari Harian Metro bertarikh Khamis 27hb April 2006 :-

Barang tiruan RM1J di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang pelancong asing membeli beg berjenama Louis Vuitton (LV) tiruan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Dato’ Sulaiman, di sini, tidak kesampaian apabila premis itu diserbu Unit Siasatan Am Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, semalam.

Dalam serbuan selama kira-kira tiga jam bermula jam 6 petang itu, pasukan membabitkan 16 anggota termasuk empat pegawai itu memeriksa tujuh premis yang menjual barangan berjenama tiruan, membabitkan jumlah rampasan pelbagai barangan berjumlah kira-kira RM1 juta.

Ketika serbuan, seorang pelancong asing lelaki dalam lingkungan 30-an memasuki salah satu kedai itu dan meminta jurujual menunjukan beg berjenama Louis Vuitton kepadanya.

Ketika itu, salah seorang pegawai KPDNHEP menjelaskan kepadanya kedai itu diserbu dan barangan berkenaan dirampas disebabkan ia buatan tiruan namun apa yang peliknya, lelaki itu tetap mahu membelinya atas pesanan isterinya.

Bagaimanapun, lelaki itu meninggalkan premis berkenaan apabila diberitahu dia tidak boleh membeli barangan berkenaan kerana ia jenama tiruan dan sudah disita pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit berkenaan, Rosly Abdullah, berkata hasil maklumat orang ramai dan risikan, pihaknya mengadakan pemeriksaan di tujuh premis di pusat beli-belah itu dan mendapati hampir semua barangan berjenama yang dijual adalah tiruan.

“Berdasarkan maklumat kami, hanya butik di Bukit Bintang yang diberikan hak menjual barangan berjenama LV tulen, manakala selebihnya tidak.

“Selain LV, beberapa jenama seperti Hornoos, Colini, Fendi dan Coach juga hanya dijual di pusat beli-belah itu,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya merampas beberapa barangan berjenama berkenaan di tujuh premis.
  #244  
Old 28-04-2006, 12:26 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Web sebar melayu bogel

Laporan dari Harian Metro bertarikh Khamis 27hb April 2006 :-

Web sebar melayu bogel

MUAR: Ada pihak tertentu yang menjadikan laman web persendirian melalui kemudahan ‘Yahoo! Groups’ untuk menyebarkan gambar bogel yang mereka dakwa gadis tempatan terutamanya gadis Melayu.


Pengendali laman web persendirian itu mendakwa hanya memaparkan gambar dan klip video membabitkan gadis dan wanita Melayu saja kepada ahlinya.

Malah pengendali terbabit mendakwa tujuannya mewujudkan laman web persendirian itu ialah sebagai pengajaran semua supaya berhati-hati ketika berasmara supaya gambar mereka tidak dirakam pihak lain.

Berdasarkan siasatan Harian Metro, laman web berkenaan turut memuatkan gambar bogel artis yang pernah menggemparkan tanah air selain pelbagai aksi gadis tempatan.

Kebanyakan gadis yang dipaparkan itu jelas menunjukkan mereka adalah gadis Melayu berdasarkan paras rupa yang menggunakan tajuk seperti Siti Alia, Mita, Mahasiswi, Skodeng, Budak USJ, Budak SG, Anak Melayu, Anak Mami dan beberapa nama lagi.

Seperti beberapa laman web lucah yang pernah dibongkar Harian Metro sebelum ini, terdapat juga gambar remaja belasan tahun sedang melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

Tidak kurang juga gambar yang memaparkan gadis dalam keadaan yang mengghairahkan dengan menunjukkan bahagian sulit mereka.

Apa yang lebih menyedihkan, terdapat beberapa gambar gadis bertudung yang melakukan lagak seorang ‘flasher’ dengan menunjukkan payu daranya sebelum telanjang bulat.

Menurut pengendali laman web itu, ahlinya boleh melihat semua gambar dan klip video yang dipaparkan seperti yang terdapat di dalam laman web berbayar secara percuma.

Malah, ahli yang berdaftar secara percuma turut dialu-alukan untuk menyumbang gambar atau klip video bagi menambah jumlah paparan termasuk gambar dari negara lain.

Berdasarkan penelitian Harian Metro, laman web persendirian itu wujud sejak 15 Februari lalu dan sehingga kini mempunyai keahlian melebihi 5,000 orang.

Lebih mengejutkan, terdapat ahli yang secara terang-terangan menawarkan seks secara sukarela dengan mengirimkan maklumat diri melalui e-mel kepada ahli lain.

Ahli turut berkongsi pengalaman ketika di ranjang disamping membincangkan topik yang berbaur lucah sesama mereka, sama ada melalui e-mel atau ruangan sembang pada laman web berkenaan.

Mirip kepada pendedahan sebelum ini, laman web persendirian itu turut memaparkan perbuatan seks di pejabat, kegiatan seks yang diintip di bilik tidur dan tandas menggunakan kamera, perlakuan seks di dalam kereta, tangga, tandas, hutan lipur serta taman.
  #245  
Old 02-05-2006, 01:16 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Pasangan sewa anak

Laporan dari Harian Metro bertarikh Selesa 2hb Mei 2006 :-

Pasangan sewa anak

JOHOR BAHRU: Satu pasangan tempatan sanggup menyewakan anak perempuan mereka berusia dua tahun kepada peminta sedekah warga asing bagi meraih simpati orang ramai di bandar raya ini.

Taktik pengemis warga Myanmar berusia 55 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) malam kelmarin ketika meriba kanak-kanak perempuan itu sambil meminta sedekah daripada orang ramai.

Ketika ditahan kira-kira jam 9 malam, peminta sedekah itu mendakwa kanak-kanak perempuan itu anaknya, tetapi apabila mahu dibawa ke kenderaan JKM, dia tiba-tiba pengsan.

Tidak lama kemudian muncul pasangan suami isteri warga tempatan yang menuntut kanak-kanak perempuan itu kerana mendakwa dia anak mereka.

Dalam operasi selama tiga jam itu, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang kudung kakinya turut didapati `seronok’ mengemis apabila ditahan buat kali ketiga dalam tempoh empat bulan.

Difahamkan, dalam dua kejadian sebelum ini, lelaki itu dijamin keluarganya.

Ketika ditahan di pintu keluar negara ini di Tambak Johor, lelaki itu yang dipercayai baru mengemis untuk tempoh dua jam sudah memperoleh RM24 selain wang S$12 (RM27) tidak termasuk beberapa keping syiling.

Pegawai JKM Johor Bahru, Manayi Ibrahim, berkata dua peminta sedekah terbabit antara lima yang ditahan dalam operasi membersihkan bandar raya ini daripada kegiatan pengemis dan kutu rayau.

Beliau berkata, pihaknya terkejut dengan tingkah laku wanita warga Myanmar itu yang dipercayai berpura-pura pengsan ketika ditahan.

“Wanita berusia 55 tahun itu duduk di Jalan Wong Ah Fook sambil meriba seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Ketika pegawai JKM menahannya, dia memberitahu kanak-kanak itu anaknya, tetapi dengan usianya yang sudah lanjut dakwaan itu tidak munasabah.

“Apabila hendak dibawa ke kenderaan JKM, dia tiba-tiba jatuh dan terbaring di tengah jalan.

“Bagaimanapun, dengan bantuan orang ramai, wanita itu yang dipercayai berpura-pura pengsan berjaya ditahan,” katanya.

Manayi berkata, lebih mengejutkan, ketika sedang sibuk menahan wanita bersama kanak-kanak perempuan itu, tiba-tiba seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan wanita berusia 30-an datang menuntut JKM menyerahkan kanak-kanak berkenaan.

“Wanita itu mendakwa kanak-kanak yang dipegang peminta sedekah itu anaknya.

“Bagaimanapun, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti dan kami tetap menahan kanak-kanak itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Manayi berkata, JKM akan menjalankan siasatan sama ada kanak-kanak perempuan itu dipinjam atau disewakan bagi tujuan memudahkan pengemis meraih simpati orang ramai atau ia membabitkan sindiket.

“Pengemis sanggup menggunakan pelbagai taktik kerana hasil yang mereka peroleh lumayan. Bayangkan wanita itu mendakwa baru duduk di situ (Jalan Wong Ah Fook) sejak petang, tetapi jam 9.50 malam dia sudah mendapat lebih RM80,” katanya.

Operasi membabitkan enam pegawai dan anggota JKM yang tertumpu di Tambak Johor, Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Meldrum itu berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

Semua pengemis yang ditahan dihantar ke pusat pemulihan di Mersing manakala wanita warga Myanmar terbabit pula diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
  #246  
Old 02-05-2006, 01:19 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Peguam Negara masih kaji

Laporan dari Harian Metro bertarikh Selesa 2hb Mei 2006 :-

Peguam Negara masih kaji

KANGAR: Peraturan mengenakan bayaran RM20 bagi kenderaan luar yang memasuki negara ini yang sepatutnya dikuatkuasakan semalam, ditangguhkan kerana kajian mengenai peruntukan undang-undang sesuai masih dilakukan Pejabat Peguam Negara.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berkata Pejabat Peguam Negara masih mengkaji dan mengenal pasti undang-undang sesuai digunakan bagi membolehkan setiap kenderaan dari negara jiran dikenakan bayaran RM20 sebagai permit masuk.

Beliau berkata, bayaran dikenakan mengikut jenis kenderaan dan tempoh berada di Malaysia.

“Kerajaan belum dapat memastikan tarikh sesuai untuk menguatkuasakan peraturan ini tetapi akan dilaksanakan sebaik saja Pejabat Peguam Negara mengenal pasti undang-undang sesuai,” katanya.

Mohd Radzi berkata demikian selepas menyampaikan premium insurans Takaful kepada 136 Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) seluruh Parlimen Kangar dan sumbangan 12 komputer kepada sekolah.

Katanya, Jabatan Imigresen dipertanggungjawab untuk mengutip bayaran itu kerana ia adalah agensi pertama yang ditemui pelawat asing sebaik saja memasuki negara ini menggunakan kenderaan.

“Sebaik saja kita kenal pasti peruntukan undang-undang, peraturan ini akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Mengenai reaksi negara jiran terhadap peraturan baru itu, Mohd Radzi berkata, tiada maklum balas diterima kerana negara jiran juga mengenakan bayaran kepada kenderaan dari Malaysia.

Rakyat asing yang memandu kereta ke Singapura dikenakan bayaran S$20 (RM45) sehari atau S$4 (RM9) bagi penunggang motosikal, mengikut skim Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Awal bulan lalu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, pelancong dari Singapura dan Thailand yang menggunakan kenderaan untuk memasuki negara ini akan dikenakan bayaran RM20 sebagai permit masuk bermula 1 Mei.

Tengku Adnan berkata, keputusan mengenakan bayaran itu adalah sebagai menampung sebahagian daripada kos subsidi petrol dan diesel yang ditanggung kerajaan.

Keputusan mengenakan bayaran RM20 itu dibuat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Minyak yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  #247  
Old 02-05-2006, 01:25 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Rakam imej 'hantu'

Laporan dari Harian Metro bertarikh Selesa 2hb Mei 2006 :-

Rakam imej 'hantu'

JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga di Taman Rinting, Masai, di sini, gempar apabila seorang daripada ahli keluarga itu merakam beberapa imej `menggerunkan’ pada 11 April lalu yang sehingga kini tidak diketahui identitinya.

Ibrahim Mohamed Noh, 21, berkata kejadian berlaku ketika abangnya, Ismail, 23, dipercayai diganggu makhluk halus dan mendapatkan rawatan tradisional di rumah.

Katanya, pada hari pertama rawatan, dia dapat merasakan ada sesuatu yang menggerunkan di dalam rumah dan mengambil keputusan mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.

“Saya mengambil gambar itu kira-kira jam 12 tengah malam dan ketika melihat imej yang diambil, saya terkejut ada ‘benda’ berdiri di penjuru ruang tamu.

“Saya terus masuk tidur kerana ketakutan dan hanya melihat imej berkenan keesokan harinya,” katanya.

Ibrahim berkata, pada hari kedua, dia tergerak mengambil empat keping gambar di luar rumah dan masing-masing mempunyai imej makhluk ‘alam lain’ yang berlegar di kawasan rumahnya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, dia mengambil gambar selepas merasakan ada sesuatu cuba mengganggu keluarganya.

Menurutnya, pada hari ketiga ketika abangnya semakin pulih, dia dapat merakam gambar pada waktu Maghrib yang menunjukkan ada benda cuba mencapai sesuatu yang ditempatkan di penjuru ruang tamu.

“Sehingga kini, setiap kali menatap gambar itu, bulu roma saya berdiri. Keadaan ini bukan saja berlaku kepada saya, malah keluarga dan rakan-rakan yang melihatnya.

“Apa yang peliknya, objek itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirakam menggunakan kamera walaupun hanya kamera telefon bimbit,” katanya.

Ibrahim berkata, abangnya kini sudah pulih dan melalui rakan-rakan, ada yang berpendapat gambar yang dirakam itu ialah imej penanggal, langsuir dan satu imej `budak botak perut buncit’.

Beliau mendakwa sejak tinggal di kawasan itu lebih 10 tahun lalu pelbagai kejadian aneh berlaku di kawasan sekitar terutama di tapak permainan kanak-kanak pada waktu malam.
  #248  
Old 03-05-2006, 02:18 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Korban halau hantu

Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 3hb Mei 2006 :-

Korban halau hantu

KUALA LUMPUR: Hanya kerana takutkan hantu yang didakwa menghuni rumahnya, seorang suri rumah dikatakan menjadi mangsa rogol seorang bomoh palsu sebanyak 51 kali dalam upacara `korban tubuh’ kononnya untuk menghalau makhluk terbabit.

Bomoh palsu berusia 53 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu kedai kopi di Taman Miharja. Cheras, mendakwa upacara khas itu perlu dilakukan bagi memastikan mangsa yang mempunyai suami dan seorang anak kecil tidak terus diganggu hantu yang menumpang rumahnya di Jalan Loke Yew, Cheras.

Mangsa, AC Tan, 41, berkata, dia mula mengenali bomoh terbabit selepas minum petang di sebuah kedai kopi pada Oktober tahun lalu.

Ketika sedang minum, seorang wanita yang dikenali sebagai Lee, 57, datang menghampirinya lalu berbual mengenai pelbagai isu, termasuk soal takdir dan masalah hidup.

“Saya tanpa segan silu menceritakan masalah bermain di jiwa berhubung soal kesusahan keluarga, pendapatan tidak menentu selain sering ditimpa penyakit.

“Wanita itu mengesyorkan saya supaya berjumpa dengan seorang bomoh lelaki dikenali sebagai Chong yang didakwa mampu mengubati pelbagai masalah dialami,” katanya, ketika ditemui di Biro Aduan MCA, di sini, semalam.

Mangsa yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun kemudian bertemu dengan lelaki terbabit lalu menceritakan segala kesulitan.

Bomoh itu membuat tilikan dan mendakwa semua masalah itu berpunca daripada hantu yang mengganggu hidup kami sekeluarga.

Dia mendakwa mempunyai keupayaan khas untuk menghalau hantu menggunakan ilmu dipelajari sejak usia muda serta mampu mengubah nasib buruk dialami seseorang.

Selain diberi tangkal untuk dipakai, Tan berkata, bomoh berkenaan mendakwa kaedah berubat terbabit benar-benar berkesan sekiranya mangsa merelakan dirinya untuk disetubuhi bagi mengusir roh jahat.

Akibat percaya dengan dakwaannya itu, mangsa merelakan tubuhnya diperkosa bomoh berkenaan di rumahnya.

“Bomoh itu kerap datang ke rumah saya ketika suami keluar bekerja dengan alasan untuk melakukan upacara itu pada waktu tengah hari. Sebaik upacara itu selesai, dia akan memperkosa saya.

“Sehingga kini, bomoh durjana itu sudah memperkosa saya sebanyak 51 kali sejak Oktober tahun lalu sama ada di rumah saya atau di rumahnya,” katanya yang terpaksa akur dengan permintaan bomoh itu kerana memikirkan keselamatan suami dan anak.

Malah, mangsa dipaksa membayar antara RM20 hingga RM50 selepas diperkosa dengan alasan sebagai caj bayaran terhadap perkhidmatan diberi.

Menurutnya, sehingga kini, dia sudah membayar lebih RM1,000 kepada bomoh itu.

Mangsa akhirnya mendedahkan hal sebenar kepada suaminya.
  #249  
Old 03-05-2006, 02:23 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Kafe siber markas pelajar ponteng

Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 3hb Mei 2006 :-

Kafe siber markas pelajar ponteng

JOHOR BAHRU: Sebuah kafe siber di Taman Ria Plentong di sini, didakwa menjadi lubuk murid serta pelajar di sekitar taman itu ponteng sekolah selain membuang masa dan membazirkan wang saku ibu bapa mereka.

Kafe yang beroperasi 24 jam itu kini mencetuskan kebimbangan ibu bapa berikutan anak mereka termasuk berusia bawah 12 tahun menghabiskan masa berjam-jam bermain komputer, sekali gus menyebabkan gejala ponteng sekolah semakin meningkat kebelakangan ini.

Ibu bapa mula mengadu anak mereka ponteng sekolah agama, kegiatan kokurikulum dengan menghabiskan wang saku di pusat terbabit kerana ketagihan bermain komputer.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ria Plentong, Amzah Moideen, 44, berkata operasi kafe siber terbabit didapati melanggar garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menetapkan masa operasi pusat siber dan kafe siber dihadkan dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.

Beliau berkata, sebaliknya kafe siber terbabit beroperasi sepanjang hari dengan mengutamakan keuntungan semata-mata.

“Pengusahanya tidak akur arahan melarang pengunjung bawah umur 18 tahun sebaliknya membiarkan pelajar dan kanak-kanan bawah 12 tahun bermain di situ.

“Keadaan bertambah buruk apabila beberapa kumpulan pelajar berpakaian seragam menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat melepak dan ponteng sekolah hampir setiap hari,” katanya.

Katanya, kewujudan kafe siber berkenaan yang mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk sekitar kerana menganjurkan permainan video juga dikhuatiri menawarkan penjualan bahan bercetak khususnya mengandungi unsur negatif.

“Kami pelik melihat sikap pengusaha kafe siber berkenaan yang sepatutnya melarang kanak-kanak bawah umur 12 tahun selain pelajar berpakaian seragam memasuki kedai itu.

“Sebaliknya, mereka berani mengeksploitasi kanak-kanak semata-mata untuk mengaut keuntungan melalui permainan video haram di kafe yang menggunakan sistem pencahayaan rendah dan cermin gelap,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ishak Mohamad, 42, berkata kafe berkenaan juga dikunjungi penduduk dari beberapa taman perumahan berhampiran termasuk Taman Plentong Baru dan Rumah Awam Plentong.

Beliau berkata, walaupun pihaknya sudah mengadu kewujudan kafe siber terbabti kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) sejak beberapa bulan lalu, namun tiada tindakan dilakukan sehingga kini.

“Lebih memeranjatkan, apabila ada pegawai penguat kuasa yang memaklumkan kepada kami kafe siber itu beroperasi secara tanpa lesen juga membisu sehingga kini.

“Kami menggesa MPJBT segera memantau kafe berkenaan dan menutupnya bagi mengelakkan keadaan bertambah parah pada masa depan,” katanya.
  #250  
Old 03-05-2006, 02:33 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Kaum Cina gesa Melayu martabatkan tulisan jawi

Laporan dari Utusan Malaysia bertarikh Rabu 3hb Mei 2006 :-

Kaum Cina gesa Melayu martabatkan tulisan jawi

SETIU - Beberapa warga emas keturunan Cina dari Kampung Fikri di sini, mengalu-alu penerbitan semula akhbar jawi, Utusan Melayu Mingguan sebagai sisipan dalam Utusan Malaysia.

Wee Bian Siew, 83, Ang Hua Jin, 81, Or Sung Kiu, 66, Wee Kong Cheng, 67, Chua Kee Huat, 65, dan Or Sung Ngor, 68, yang menguasai tulisan jawi sejak dari pada usia remaja berkata, pengedaran semula akhbar jawi itu selepas ia dihentikan kira-kira tiga bulan lalu perlu disokong oleh rakyat negara ini terutama orang Melayu sendiri.

Bian Siew berkata, walaupun berketurunan Cina tetapi dia turut berbangga dengan kelahiran semula akhbar itu yang menyajikan bahan-bahan menarik melalui tulisan jawi yang sudah sinonim dalam hidupnya sejak berusia 20-an lagi.

``Pada usia muda, saya hanya dapat membaca buku-buku tulisan jawi berbanding rumi menyebabkan sehingga sekarang saya tidak ada masalah membaca jawi,'' katanya.

Bian Siew yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Kampung Fikri yang kini dibantu oleh seorang anaknya, Wee Beng Hai, 52, turut menjual akhbar serta majalah-majalah sejak enam tahun lalu.

Apa yang menarik, Bian Siew yang mempunyai lima orang anak itu bukan sahaja dapat menguasai tulisan jawi tetapi boleh menghafal beberapa ayat al-Quran seperti al-Fatihah, hasil pergaulan dengan orang-orang Melayu semasa dia belajar di sekolah dulu.

Mengimbas masa lampau, dia memberitahu bahawa mula meminati tulisan jawi ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Payang, Setiu pada tahun 1930-an.

``Guru yang mengajar jika tak silap saya ialah Cikgu Che Long yang turut mengajar tulisan jawi sehingga dalam tempoh singkat saja saya dapat menguasai tulisan itu.

``Sebab itu, saya adalah orang paling sedih apabila mendapat tahu akhbar Utusan Melayu Mingguan ditutup tiga bulan lalu kerana tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu,'' ujarnya.

Bian Siew berkata, sepatutnya orang Melayu bersama-sama berusaha untuk memartabatkan lagi akhbar itu kerana tulisan jawi berkait rapat dengan agama mereka.
  #251  
Old 03-05-2006, 02:44 PM
Thai Rak Thai's Avatar
Thai Rak Thai Thai Rak Thai is offline
Samster
 
Join Date: Mar 2006
Location: Bangkok
Posts: 308
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 0 Post(s)
My Reputation: Points: 78 / Power: 0
Thai Rak Thai deserves a Tiger! - He's a Good Guy
Talking Re: FR dalam Bahasa Melayu

Are we going to start an FR thread in full Thai too?
  #252  
Old 03-05-2006, 03:03 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
FR dalam Bahasa Melayu

Quote:
Originally Posted by Thai Rak Thai
Are we going to start an FR thread in full Thai too?

Up to you !

............. as what the Thai girls in the A Go Go bars will tell you when you ask them " How much ? " to book them
  #253  
Old 04-05-2006, 10:06 AM
DRYDUST's Avatar
DRYDUST DRYDUST is offline
Samster
 
Join Date: Sep 2005
Location: Mandarin Oriental
Posts: 1,421
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 0 Post(s)
My Reputation: Points: 174 / Power: 20
DRYDUST is a Helpful and Caring SamsterDRYDUST is a Helpful and Caring Samster
Re: FR dalam Bahasa Melayu

Quote:
Originally Posted by Thai Rak Thai
Are we going to start an FR thread in full Thai too?
i fully support this...
__________________
My Idol Forever... MBZ777 ...

  #254  
Old 05-05-2006, 11:47 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
JB Sentral beroperasi akhir tahun

Laporan dari Berita Harian bertarikh Jumaat 5hb 2006 :-

JB Sentral beroperasi akhir tahun

JOHOR BAHRU: Terminal pengangkutan awam terbaru di bandar raya ini, JB Sentral yang dibina bersama dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) akan mula beroperasi akhir tahun ini.

Kompleks yang bernilai kira-kira RM141 juta itu terletak di belakang Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Johor Bahru dan akan mempunyai laluan pejalan kaki bagi menghubungkannya dengan Kompelks KIK yang baru.

Pengurus Projek Gerbang Selatan Bersepadu, Ng Ah Kow, berkata projek berkenaan kini 50 peratus siap dan akan mula dibuka kepada orang awam menjelang akhir tahun ini.

"Terminal penumpang ini akan menawarkan standard baru dalam sistem pengangkutan awam di pusat bandar raya Johor Bahru," katanya.

Dilengkapi 12 laluan bas, 950 tempat letak kereta dan yang paling penting stesen untuk sistem transit aliran ringan (LRT), terminal berkenaan adalah penyelesaian terhadap masalah tempat letak kenderaan dan kesesakan lalu lintas di bandar raya ini.

Selain itu, empat landasan kereta api sedia ada akan ditambah kepada enam bagi memenuhi permintaan daripada penumpang kereta api.

Ng berkata, dengan pembukaan JB Sentral, Stesen KTM sedia ada yang berusia hampir 100 tahun akan dijadikan muzim peringatan kereta api.

"JB Sentral dan Kompeleks KIK yang baru akan disambungkan bagi membolehkan penumpang daripada Singapura selepas pemeriksaan imigresen memilih bentuk pengangkutan awam yang mereka inginkan bagi meneruskan perjalanan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pernah menyatakan laluan LRT di bandar raya ini, akan menghubungkan Tampoi, Pandan dan Johor Bahru dengan JB Sentral akan menjadi stesen utamanya.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan sebuah konsortium yang terdiri daripada pelabur Korea Selatan dan tempatan bagi membangunkan sistem LRT itu.
  #255  
Old 06-05-2006, 05:11 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Majlis nikah 20 minit, bayar RM2,000

Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 6hb Mei 2006 :-

Majlis nikah 20 minit, bayar RM2,000

SADAO (Selatan Thailand) : Majlis pernikahan dilakukan jurunikah tidak bertauliah yang dikesan semakin berleluasa di wilayah ini hanya berlangsung 20 minit dengan disaksikan anggota sindiket terbabit.

Kebanyakan pasangan dari Malaysia yang berkahwin sanggup membayar lebih RM2,000 kepada jurunikah palsu yang berbohong kononnya diiktiraf Majlis Agama Islam Songkhla (Mais) dan diberi sijil nikah palsu.

Setiausaha Mais, Abdul Rahman Kayem, ketika ditemui di rumahnya di Ban Lum, dekat sini, berkata kegiatan penipuan yang bermula sejak beberapa tahun lalu kini semakin berleluasa, namun perbuatan sindiket itu sukar dibendung.

Menurutnya, sindiket terbabit wujud kerana bilangan pasangan yang datang untuk bernikah di wilayah ini terlalu ramai.

Katanya, sepanjang tahun lalu, kira-kira 60 pasangan dari Malaysia menggunakan khidmatnya sebagai jurunikah, manakala dari Januari hingga April lalu, sebanyak 30 pasangan sudah dinikahkannya.

“Di wilayah Songkhla, Mais mempunyai 30 jurunikah bertauliah bagi menikahkan pasangan Islam dan pelantikan mereka dilakukan enam tahun sekali di kalangan imam terpilih.

“Ada juga jurunikah bertauliah yang tidak dilantik semula disebabkan faktor tertentu,” katanya.

Namun, disebabkan bilangan pasangan yang datang terlalu ramai, ada yang sanggup menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah kerana tidak mahu menunggu lama.

“Walaupun menyedari penipuan didalangi sindiket itu, namun bukan mudah menghentikannya kerana Mais tidak mempunyai kuasa bertindak disebabkan undang-undang Islam agak longgar di sini,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pasangan terbabit menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah sebenarnya hanya mengundang masalah pada masa depan termasuk kemungkinan pernikahan mereka tidak sah.

Abdul Rahman berkata, selepas dinikahkan di Thailand, pasangan terbabit perlu mendaftar dengan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

“Jika sijil pernikahan didapati palsu dan tidak diiktiraf di Thailand, pasangan terbabit akan menghadapi masalah apabila kes mereka dirujuk dengan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya, pasangan terbabit juga akan bermasalah apabila perkahwinan berakhir dengan perceraian kerana mereka perlu datang berjumpa semula dengan jurunikah.

“Masalah akan timbul jika jurunikah terbabit tidak dapat dikesan dan Mais pula tidak mempunyai rekod mengenai pernikahan mereka,” katanya.

Abdul Rahman berkata, selain itu, Mais turut mengesan ada rakyat Malaysia sendiri menjadi jurunikah palsu itu dengan menyediakan sijil pernikahan palsu Thailand.

“Mereka mengeluarkan sijil pernikahan palsu Thailand kepada pasangan terbabit tanpa perlu datang ke sini untuk dinikahkan,” katanya.

Katanya, dalam beberapa kes tertentu, beliau terpaksa menikahkan semula beberapa pasangan dari Malaysia yang datang berjumpanya selepas menyedari pernikahan mereka dijalankan jurunikah tidak bertauliah.
Advert Space Available
Bypass censorship with https://1.1.1.1

Cloudflare 1.1.1.1
Reply



Bookmarks

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +8. The time now is 09:38 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.10
Copyright ©2000 - 2025, vBulletin Solutions, Inc.
User Alert System provided by Advanced User Tagging (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2025 DragonByte Technologies Ltd.
Copywrong © Samuel Leong 2006 ~ 2025 ph