#616
|
||||
|
||||
5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 2hb Ogos 2007 :-
5 pelajar rela tubuh ‘diratah’ PUTRAJAYA : 5 pelajar perempuan sanggup menjadi mangsa ratahan seks tiga kumpulan pelajar lelaki yang menggelar kumpulan mereka sebagai `Geng Apache’, ‘Pangkah Shell’ dan ‘Budak Shell’. Pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun yang belajar di tiga sekolah menengah di sini, adalah antara pelajar yang menjadi kegemaran pelajar daripada tiga kumpulan itu. Ini disebabkan, pelajar perempuan terbabit lebih mudah ‘diratah’ tubuh mereka berbanding pelajar perempuan lain kerana begitu ketagih dengan seks. Sumber memberitahu Harian Metro, mereka melakukan seks atas kerelaan masing-masing dan bukannya dipaksa pelajar lelaki terbabit. Lebih membimbangkan, menurut sumber itu, kegiatan seks itu dilakukan di rumah pelajar perempuan atau lelaki itu sendiri apabila ibu bapa masing-masing keluar bekerja. “Pelajar ini juga bertindak berani menggunakan rumah mereka untuk melakukan hubungan seks selepas tamat sesi persekolahan iaitu ketika ibu bapa mereka tiada di rumah,” kata sumber itu. Menurutnya, kegiatan seks yang dipercayai berlangsung sejak beberapa bulan lalu, terbongkar selepas sekumpulan 25 pelajar lelaki ditahan di dua rumah di Presint 9 dan 11 dekat sini, berikutan kesalahan menghisap rokok dan menghidu gam. “Selepas disoal siasat sebahagian daripada 25 pelajar lelaki berkenaan mengakui kelima-lima pelajar perempuan itu antara pelajar yang menjadi pilihan ahli kumpulan untuk melakukan hubungan seks. “Mereka mengakui melakukan kesalahan berkenaan, termasuk menghisap rokok, menghidu gam dan melakukan hubungan seks bebas dengan lima pelajar perempuan terbabit,” katanya. Sumber itu berkata, pelajar itu mengakui kegiatan mereka tidak dapat langsung dihidu ibu bapa masing-masing kerana bijak menyembunyikannya. “Apabila bersama ibu bapa masing-masing, mereka akan berbuat seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. “Sebaik saja ibu bapa mereka bekerja, kumpulan pelajar lelaki ini akan berkumpul dan mencari mangsa habuan seks dengan lima pelajar perempuan ini menjadi pilihan utama,” katanya. Sumber itu berkata, hingga kini, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap kegiatan tidak bermoral itu kerana kemungkinan tiada sebarang laporan polis mengenainya dibuat setakat ini. Beliau menggesa ibu bapa yang mempunyai anak remaja supaya memantau pergerakan anak, terutama ketika keluar bekerja kerana kemungkinan mereka dipengaruhi rakan melakukan perkara tidak sihat. --- KatoeyNewsNetwork |
#617
|
||||
|
||||
41 ‘pelacur bebas’ PRC ditahan
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 3hb Ogos 2007 :-
41 ‘pelacur bebas’ PRC ditahan KUALA LUMPUR : Kegiatan 41 wanita warga China yang digelar ‘pelacur bebas’ dan beroperasi di beberapa restoran terkemuka sekitar ibu kota terbongkar apabila mereka ditahan dalam dua serbuan di sebuah hotel dan tiga unit kondominium di Jalan Pudu di sini, semalam. Semua pelacur yang berusia lingkungan 20 hingga 38 tahun itu dikenal pasti menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat mendapatkan pelanggan sebelum membawa mereka ke premis atau hotel berdekatan untuk perkhidmatan seks. Difahamkan, mereka mengenakan bayaran antara RM180 hingga RM200 bagi setiap perkhidmatan. Operasi di dua kawasan berkenaan diketuai tiga pegawai dan beberapa anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) II, Ku Chin Wah, berkata operasi semalam terbahagi kepada dua kumpulan sekali gus memudahkan serbuan dilakukan. “Dalam serbuan pertama di sebuah hotel di kawasan berkenaan, seramai 31 warga asing ditahan dan kami merampas 42 keping kondom. Selain itu, dua lelaki dipercayai pelanggan ditahan untuk siasatan lanjut. “Sementara itu, dalam serbuan kedua di tiga unit kondominium di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.30 pagi, kami menahan 10 perempuan warga China serta merampas enam bungkusan besar berisi kondom,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Ku berkata, tiga wanita yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan yang lainnya pula menggunakan pas lawatan sosial. Menurutnya, semua wanita berkenaan boleh didakwa mengikut Peraturan 39, Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas lawatan. Pada 9 Jun lalu, 14 wanita warga China ditahan di dua unit kondominium di kawasan sama kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran. Berikutan itu, Ku memberi amaran kepada pengusaha premis berkenaan supaya tidak membenarkan wanita asing menjalankan aktiviti pelacuran termasuk menyewakan hotel kepada golongan itu. --- KatoeyNewsNetwork |
#618
|
|||
|
|||
Re: 5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Maaf abang Katoey, ratah itu apa maknanya ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#619
|
||||
|
||||
5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Very sorry, saya pun tak tahu ......... sila check Kamus awak atau telefon Harian Metro
|
#620
|
|||
|
|||
Re: 5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Quote:
Mungkin Professor tahu leh ? Mana Professor sembunyi ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#621
|
|||
|
|||
Re: 5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Bro, sori ini tempat degat KL petaling jaya? saya ini bulan ada pergi KL! boleh cakap dengan saya tempat dan pm me boleh? saya punya bahasa tak baik! terima kasih..
|
#622
|
||||
|
||||
Re: 5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Quote:
Professor ini belum mampui, jangan kuatiri "kehilangan" serigala tua ini. Hanya uzur sedikit, tiada apa yang mengancamkan kesihatan.. "diratah" berasal dari perkataan "ratah" yang bererti dalam BM, "makan lauk yang bercampur-campur" ataupun "gasak, tanpa hirau apa bendanya, kuat kuat sampai habis". Jadi perkataan "diratah" menjelma jadi istilah baru dan istimewa semata-mata menterjemahkan istilah Inggeris: "gang-bang". Ada kala, perkataan "diratah", saperti dalam lapuran ini: "....satu persatu aset strategik negara diratah oleh Singapura" (Malaysia kini, 2006) yang membawa makna: "dirampas, diperkosai satu demi satu" Cuba tengok link ini: http://www.4siswa.com/forumv1/viewto...7eb827 126da6 Pada hemat saya: "RATAH" adalah kod: " Ruang Anda Tidak Ada Halangan"
__________________
RETIRED |
#623
|
|||
|
|||
Re: 5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Itu kena tanya Professor lah
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#624
|
|||
|
|||
Re: 5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Quote:
Professor ada dua PhD ke ? PhD dalam bidang ilmu seks and bahasa melayu ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#625
|
||||
|
||||
ProfessorOokami
Prof ada PhD dalam bidang " Sexology "
|
#626
|
||||
|
||||
6 remaja langgar, rogol direman 6 hari
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 6hb Ogos 2007 :-
6 remaja langgar, rogol direman 6 hari JOHOR BAHRU : Enam remaja termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang merogol wanita berusia 30 tahun secara bergilir-gilir berulang kali, selepas melanggar dan ‘menculik’ mangsa selama sembilan jam, ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan polis. Semalam, Mahkamah Majistret di sini, membenarkan polis menahan reman enam remaja lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun itu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Majistret, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis menahan remaja yang tidak bersekolah itu selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan perintah itu dikeluarkan di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah, berkata semua remaja yang mempunyai rekod juvana itu ditahan di rumah masing-masing, kelmarin, beberapa jam selepas melakukan perbuatan terkutuk itu di satu lokasi di Pasir Gudang, dekat sini, Jumaat lalu. Menurutnya, atas maklumat orang ramai semua remaja terbabit berjaya ditahan di kawasan perumahan di Taman Kota Masai, Masai, dekat sini, kelmarin. Bagaimanapun, Che Yussof enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 365 dan 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik dan merogol. Harian Metro difahamkan, semua suspek tinggal bersama keluarga masing-masing di kawasan perumahan berkenaan. Salah seorang daripada enam remaja itu dipercayai bekerja dengan syarikat pembekal gas memasak dan menggunakan lori majikannya dalam kejadian berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, enam remaja berkenaan menaiki sebuah lori dikatakan tiba-tiba menghimpit motosikal dibonceng mangsa berusia 30 tahun itu dan ditunggang rakan wanitanya berusia 24 tahun ketika mereka dalam perjalanan dari Taman Nusa Damai ke Pasir Gudang. Disebabkan dihimpit lori berkenaan, penunggang berkenaan gagal mengawal kenderaan sebelum mangsa dan rakannya terjatuh. Melihat keadaan itu, semua enam remaja lelaki berusia antara 12 dan 19 tahun berkenaan dikatakan keluar dari lori terbabit dan melarikan mangsa ke satu lokasi sebelum merogolnya secara bergilir-gilir. Rakan mangsa kemudian menghubungi polis untuk melaporkan kejadian berkenaan dan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerahnya, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid melancarkan satu operasi besar-besaran mengesan suspek. Mangsa yang trauma akibat kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk pemeriksaan perubatan. --- KatoeyNewsNetwork |
#627
|
||||
|
||||
RM285 harga seorang manusia
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 8hb Ogos 2007 :-
RM285 harga seorang manusia TANJUNG PINANG (Indonesia) : Hanya 750,000 rupiah (Rp) atau kira-kira RM285 satu kepala! Itulah nilai ditetapkan pedagang manusia bagi setiap pekerja Indonesia yang dijual sebelum dihantar ke luar negara termasuk Malaysia untuk dijadikan buruh dan pekerja seks. Sebahagian daripada pekerja terbabit, terutama wanita muda awal 20-an diperdagangkan daripada satu tangan ke tangan lain sejurus mereka tiba di pelabuhan di sini, sama ada baru tiba dari kampung halaman di luar Kepulauan Riau atau Malaysia selepas ditangkap kerana bekerja secara haram. Kegiatan penjualan manusia termasuk untuk dijadikan pekerja seks, sebenarnya bukan semakin berkurangan, malah kian membimbangkan apabila sindiket terbabit kini dikesan menggunakan pelbagai taktik dan strategi mengaburi pihak berkuasa. “Mereka semakin licik hingga kes perdagangan manusia kini semakin kompleks dan sukar dibanteras,” kata Ketua Komisi II Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Kepulauan Riau, Andi Anhar Chalid kepada Harian Metro di sini, semalam. Lebih malang, katanya, kegiatan itu turut membabitkan petugas di jabatan kerajaan yang terbabit dengan urusan penghantaran tenaga kerja Indonesia secara rasmi ke luar negara, terutama Malaysia. Menurutnya, tenaga kerja Indonesia (TKI) sering menjadi mangsa kegiatan tidak berperikemanusiaan itu akibat kedangkalan pengetahuan mereka sendiri yang tidak tahu langsung prosedur dan keperluan untuk bekerja di luar negara. Bahkan, sebahagian daripada mereka tidak tahu menulis serta membaca dan hanya mengikut arahan anggota sindiket atau calo apabila disuruh menurunkan tandatangan pada kertas kosong yang kononnya dokumen perjanjian pekerjaan di luar negara. Andi Anhar berkata, selain kakitangan jabatan kerajaan, kegiatan memperdagangkan manusia turut membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) di daerah bersempadan dengan Malaysia termasuk di Pulau Bintan dan Batam. “NGO yang ada juga tidak berapa jelas (meragukan), bahkan mereka sendiri mengambil kesempatan terhadap TKI dan TKW (tenaga kerja wanita) yang sepatutnya mereka lindungi. “Daripada apa yang saya diberitahu, seorang TKI atau TKW dijual sekitar 750,000 rupiah dan ada antara mereka diperdagangkan sebaik tiba di pelabuhan di sini, sejurus dihantar pulang pemerintah Malaysia. “Kejadian ini sungguh menyedihkan kerana tenaga kerja terbabit benar-benar memerlukan wang untuk menanggung keluarga di kampung halaman mereka. “Hampir semua mangsa tenaga kerja dari luar Kepulauan Riau terutama dari Pulau Jawa, Sumatera, Irian Jaya, Nusa Tenggara Barat, Sulawesi dan Kalimantan,” katanya. Andi Anhar berkata, setiap bulan ratusan pekerja Indonesia yang ditangkap kerana didapati memasuki Malaysia dan bekerja secara haram dihantar pulang melalui pelabuhan Tanjung Pinang. Jumlah itu tidak termasuk pekerja yang diselamatkan daripada cengkaman pedagang manusia sebelum berangkat ke Malaysia. Mereka ditempatkan sementara di pusat penampungan di pulau ini sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Menurutnya, kehadiran TKI dan TKW serta mangsa perdagangan manusia itu menjadi masalah yang membebankan pemerintah daerah ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan membiayai makanan ketika di pusat penampungan dan kos penghantaran pulang ke daerah asal mereka. --- KatoeyNewsNetwork Last edited by KatoeyLover69; 08-08-2007 at 11:55 AM. |
#628
|
||||
|
||||
Ikut bapa ayam
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 8hb Ogos 2007 :-
Ikut bapa ayam KUALA LUMPUR : Bijak bermain madah ‘cinta’ serta menjanjikan kemewahan hidup menjadi taktik kasanova termasuk ‘bapa ayam’ untuk memikat gadis lepasan sekolah sebelum ditipu atau dipujuk melarikan diri dari rumah. Malah sikap kebanyakan mangsa yang mentah memilih teman lelaki selain mudah dipujuk menyebabkan mereka menjadi mangsa culik sebelum dipaksa melacur. Kes terbaru semalam, seorang ibu tunggal membuat laporan polis selepas anak gadisnya berusia 18 tahun dipercayai dilarikan ‘bapa ayam’. Tan Seu Mee, 42, yang bekerja sebagai pakar kecantikan mendakwa anaknya, Lam Kah Mun, 18, melarikan diri bersama lelaki terbabit, Selasa lalu tanpa meninggalkan pesan. Menurutnya, kira-kira jam 10.50 malam, anaknya memberitahu ingin keluar minum dengan rakannya di kedai berhampiran rumah mereka di Taman Bamboo, Jalan Ipoh di sini. “Bagaimanapun saya bimbang apabila dia tidak pulang ke rumah hingga awal pagi menyebabkan saya menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak diangkat. “Saya cuba mencarinya di sekitar ibu kota selain bertanya kepada rakan sekerjanya di kedai perkahwinan namun tiada siapa tahu lokasi dia berada,” katanya. Menurutnya, dia bagaimanapun teringat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah sebelum menerima rakaman pada malam kejadian. “Berdasarkan penelitian pada pita rakaman, saya dapati Lam dijemput oleh seorang lelaki yang menaiki kereta Honda City hitam. “Hasil maklumat yang diperoleh didapati lelaki itu seorang ‘bapa ayam’ yang kerap berkeliaran di kawasan ini. “Maklumat itu menyebabkan saya tambah risau kerana bimbang anak saya yang mudah terpengaruh dengan rakan-rakan itu diperdaya oleh lelaki terbabit,” katanya. Menurutnya, dia tambah tertekan apabila seorang wanita tidak dikenali menghubungi telefon bimbitnya Jumaat lalu dengan mendakwa sebagai kakak kepada ‘bapa ayam’ berkenaan. “Wanita misteri itu hanya meminta dia bertenang dan mahu berunding dengan saya. Namun apa yang aneh adalah nombor telefon bimbit yang digunakan adalah milik anak saya yang hilang itu. “Saya yakin anak saya dilarikan berikutan dia tidak membawa sebarang pakaian, wang termasuk MyKad yang ditemui di dalam bilik tidurnya,” katanya. Menurutnya, dia yang tidak mendapat sebarang berita berhubung kehilangan anaknya itu sehingga kini kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sentul. Sementara itu dalam kes berasingan, seorang gadis berusia 21 tahun yang bekerja sebagai kerani turut dilaporkan hilang selepas menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang baru dikenali beberapa bulan lalu. Gadis terbabit yang dikenali sebagai Han Melati Akop, 21, didakwa lesap dipercayai disembunyikan oleh seorang lelaki yang tinggal di Kampung Pandan, Cheras. Bapa mangsa, Akop Berahim, 46, yang berasal dari Slim River, Perak, mendakwa anaknya itu sebelum ini dihantar majikannya, untuk menaiki bas di Puduraya pada 23 Julai lalu. Menurutnya, dia terpaksa meminta majikan terbabit menghantar pulang anaknya ke kampung selepas Melati didakwa berkelakuan liar dan kerap tidak hadir kerja. “Melati yang sepatutnya tiba ke kampung pada jam 3 petang hari terbabit bagaimanapun hilang begitu sahaja dengan tidak menaiki bas dijanjikan. Anak saya sekadar menghubungi melalui telefon dan memaklumkan dia mengikut seorang lelaki yang baru dikenali. “Saya cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung identiti lelaki berkenaan namun Melati terus mematikan telefon dan gagal dihubungi sehingga kini,” katanya. Menurutnya, Melati sebelum ini berhijrah ke ibu kota dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat mengedar makanan kesihatan. Berikutan kehilangan itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Slim Village, Tanjung Malim pada Selasa lalu. Sementara itu, seramai 18 gadis remaja dan sekolah dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan sejak Januari lalu berpunca kemelut ‘cinta monyet’ yang sukar dibendung selain menjadi mangsa ‘pujuk dan lari’ oleh sindiket pelacuran tempatan. Kebanyakan gadis terbabit ghaib begitu sahaja, termasuk bijak menyembunyikan diri bersama teman lelaki atau disorok oleh ‘bapa ayam’. Malah, ada mangsa dipaksa melacur secara berpindah-randah dari satu lokasi ke lokasi bagi menyukarkan mangsa dikesan ahli keluarga dan pihak berkuasa. Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong berkata. mengikut kajian Biro Aduan MCA, kehilangan gadis belasan tahun itu dianggap kian serius, malah sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima lebih 100 kes. Dalam kes terbaru, katanya seorang gadis berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan oleh ahli sindiket pelacuran. Bapa mangsa, See Soon Theam,46, berkata kehilangan anak gadisnya itu, Sheau Fang dari rumah mereka di Jenjarom, Banting, hanya disedari pada 26 Februari lalu. Menurutnya, See hanya sempat memaklumkan kepada keluarga bahawa dia ingin keluar untuk makan malam bersama seorang rakan. See kemudian dilihat menaiki sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran WLG 5678 yang dipandu seorang lelaki. See tidak pulang ke rumah dan terus menghilangkan diri sehingga hari ini. Malah lelaki yang menjadi temannya itu langsung tidak pernah memperkenalkan diri kepada keluarga mangsa. Bapa mangsa berkata, dia yakin anak gadisnya itu menjadi mangsa sindiket pelacuran berdasarkan maklumat yang diberikan oleh polis. --- KatoeyNewsNetwork |
#629
|
||||
|
||||
Polis, MBJB banteras pelacuran
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 8hb Ogos 2007 :-
Polis, MBJB banteras pelacuran JOHOR BAHRU : Polis Johor akan memperbanyakkan lagi operasi bersepadu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), bagi membersihkan kawasan pusat bandar raya ini daripada pelbagai gejala sosial terutama pelacuran. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata antara lokasi yang akan diberi tumpuan operasi sepadu ialah kawasan dan beberapa hotel di Jalan Wong Ah Fook, Jalan Dhoby dan Jalan Tun Abdul Razak. Menurutnya, tindakan pembersihan itu bagi memastikan imej pintu masuk warga asing ke negeri ini bersih daripada kegiatan pelacuran. Katanya, berikutan itu polis kini bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam usaha membersihkan bandar raya ini daripada aktiviti gejala sosial seperti pelacuran. “Hingga kini, kami sudah berbincang dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Mohd Naim Nasir untuk membersihkan bandar ini dengan menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa. “Malah, dalam operasi sepadu kelmarin, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan sudah menyerbu beberapa kawasan hotel murah di sekitar bandar raya terutama di Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Tun Abdul Razak. “Berikutan itu, kami menahan 13 orang berusia antara 20 dan 30-an terdiri daripada 11 wanita serta 2 lelaki yang menjalankan kegiatan menjual ubat di kaki lima. “2 lelaki penjual ubat itu sudah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut, manakala 11 wanita yang ditahan akan didakwa terbabit dalam kegiatan pelacuran,” katanya. Menurutnya, selain itu, pihaknya turut merobohkan bilik yang dibina sementara di rumah kedai yang dijadikan tempat mereka menjalankan kegiatan pelacuran, bagi mengelak kegiatan berkenaan berulang pada masa depan. Sementara itu, mengenai enam remaja lelaki yang ditahan reman sehingga Jumaat ini kerana merogol seorang wanita berusia 30 tahun, beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dengan teliti bagi memastikan sama ada kumpulan remaja itu turut terbabit dalam kes jenayah lain. “Kami akan berusaha menyiapkan penyiasatan secepat mungkin sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk nasihat selanjutnya,” katanya. Isnin lalu, akhbar melaporkan enam remaja lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan seorang wanita dirogol bergilir-gilir di Pasir Gudang, dekat sini, Jumaat lalu. Semua remaja yang tidak bersekolah itu kini disiasat mengikut Seksyen 365 dan 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik dan merogol selepas ditahan di kawasan perumahan di Taman Kota Masai, Sabtu lalu. --- KatoeyNewsNetwork Last edited by KatoeyLover69; 08-08-2007 at 12:18 PM. |
#630
|
||||
|
||||
‘Saya tidak bersalah’
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 9hb Ogos 2007 :-
‘Saya tidak bersalah’ KUALA LUMPUR : “Kenapa saya perlu minta maaf kalau saya tak bersalah. Saya tak rasa kandungan lagu itu menghina kerajaan atau menyentuh sensitiviti masyarakat Islam negara ini. “Lagipun, lagu itu hanya untuk hiburan semata-mata. Ia hanya untuk suka-suka kerana saya tak berniat menyentuh sensitiviti masyarakat negara ini. Ia hanya sebuah lagu, jangan fikir lebih daripada itu,” kata Wee Meng Chee, 24, atau ‘Namewee’, pelajar yang didakwa menghina lagu Negaraku, tidak menghormati kerajaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam negara ini. Ketika ditanya beberapa kali sama ada dia menyesal atas perbuatannya, Wee yang dihubungi di Taiwan, semalam berkata: “Tidak”. Selain menganggap lagunya tidak berniat buruk, dia berpendapat rakyat Malaysia bijak untuk membuat penilaian ke atas lagunya. “Salah ke kalau saya bercakap benar?” katanya yang mendakwa mencintai tanah air dan mahu pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian. Apabila diberitahu bahawa dia boleh didakwa mengikut Akta Hasutan, Wee berkata: “Jika saya menulis lirik lagu itu dalam cara yang menyentuh sensitiviti sekalipun, ia hanya sebuah lagu. Rakyat Malaysia berfikiran bijak, mereka tahu menilai lagu itu. Lagu itu tidak boleh mencetuskan perang.” Ditanya kemungkinan lagunya boleh mencetus pergaduhan berikutan komen berbau perkauman dan hasutan di laman web, Wee berkata dia tidak dapat mengawal perkara itu berikutan bukan niatnya untuk menyuruh mereka bergaduh. “Saya mahu mereka menilai sendiri lagu saya. Memang ada komen sebegitu, tapi ada juga komen yang memarahi mereka yang memberikan ulasan negatif seperti itu. Wee juga mendakwa ramai orang membuat penilaian tidak tepat terhadap lagunya kerana tidak memahami maksud lirik lagunya itu yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin. “Mereka mentafsirkan lagu saya secara salah, mungkin kemahiran bahasa Mandarin orang yang menterjemah lirik lagu saya tak bagus, jadi mereka mentafsirkannya tak seperti saya maksudkan,” katanya selepas diberitahu lirik bersama visual yang ditunjukkan dalam klip video itu menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan menyindir kerajaan. “Saya mahu semua orang memahami lirik lagu itu dulu. Kalau selepas itu, ia benar-benar menyakiti masyarakat Islam, baru saya akan mohon maaf,” katanya. Selain itu, Wee mendakwa tidak tahu mengenai Akta Lagu Kebangsaan dengan alasan dia seorang pelajar dan tiada niat untuk mengubah Lagu Kebangsaan. “Saya tidak mengubah lirik Lagu Kebangsaan, tapi hanya menyelitkan nyanyian rap ke dalam lagu itu. “Saya mahu mereka tunjukkan kepada saya atau umumkan di akhbar atau radio mengenai akta itu kerana saya tak tahu sama ada perbuatan saya melanggar akta itu atau tidak. “Saya sedia memohon maaf jika benar-benar melanggar Akta Lagu Kebangsaan, tapi jika perbuatan saya tidak melanggar akta itu, saya tak akan minta maaf,” katanya. Wee berkata, dia hanya bercadang pulang ke Malaysia tahun depan kerana mahu menamatkan pengajiannya dalam jurusan komunikasi massa di sebuah universiti di Taiwan yang diikutinya selama lima tahun. “Tetapi, saya belum pasti bila akan pulang kerana mungkin saya akan bekerja dulu di sini (Taiwan),” katanya. --- KatoeyNewsNetwork Here's the video clip :- http:// Last edited by KatoeyLover69; 09-08-2007 at 01:29 PM. |
Advert Space Available |
Bookmarks |
Thread Tools | |
|
|